RM 6.50 sebotol......
Sangat sesuai untuk rambut kering dah berkelemumur tetapi sesuai juga untuk semua jenis rambut
Menyegarkan dan sesuai untuk rambut berminyak. Bertindak dengan baik untuk membersihkan kulit kepala dan melembabkan
Memberi kesan antidepressi dan aprodiasiak. merupakan agen pembina sel-sel kulit serta sebagai pelembab semulajadi
Mempunyai ciri-ciri antibakteria yang kuat dan membantu menyeragamkan dan menegangkan kulit serta meninggalkan kulit anda lembut dan bersih
Mempunyai bau yang menyegar serta merangsang, berguna dalam mengatasi masalah tekanan, kerisauan, dan minda yang letih
Mempunyai ciri-ciri antibakteria yang kuat dan membantu menyeragamkan dan menegangkan kulit serta meninggalkan kulit anda lembut dan bersih
Mempunyai aroma yang segar dan mampu melegakan kulit
Mempunyai sistem antiseptik dan melembutkan kulit
Insentif menarik untuk anda , bakal pelanggan kami dan juga keluarga SUTRAHOUSE
Melantik Rakan Sutra: RM20
Melantik Sutra Point: RM100
Melantik Sutra Shoppe: RM500
Melantik Distribution Centre: RM750
Profile Syarikat:
Nama Syarikat:Tropical Bioessence Sdn Bhd (683554-V)
Tarikh Ditubuhkan:8 March 2005
Marketing Address:Tropical Bioessence Marketing (MA0134147-D)No. 88, Jalan TU 2, Taman Tasik Utama,75450, Ayer Keroh, Melaka.
Manufactured Address :Tropical Bioessence Sdn Bhd (683554-V)No. ST 519, Jalan Tunas Baru, Seksyen ¼,Kawasan Perindustrian Masjid Tanah MIEL,78300 Masjid Tanah, Melaka
Tropical Bioessence Sdn Bhd [683554V] (TBESB) merupakan sebuah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Komersial yang telah bermula sejak Mac 2005 di Melaka Institut Biotechnology. Kami berkembang menjadi sebuah syarikat pengeluar utama dalam bidang pengeluaran produk berasaskan bahan semulajadi, terutamanya minyak pati aromaterapi.
Perkembangan syarikat ini, telah menjadikan kami salah seorang pembekal utama di Malaysia untuk bekalan minyak pati, produk berasaskan minyak pati dan juga pengekstrakan herba. Pencapaian cemerlang kami sepanjang tahun ini menggambarkan hubungan rapat kami dengan industri dan penggemar produk berasaskan bahan semulajadi.
TBESB juga telah menunjukkan pertumbuhan perniagaan yang kukuh. Perniagaan yang kami jalankan pada asalnya adalah sebagai pengeluar minyak pati dan pengekstrakan herba kepada pengguna akhir. Walaubagaimanapun, dengan permintaan yang tinggi terhadap produk yang berasaskan bahan semulajadi terutamanya yang berkaitan dengan produk-produk aromaterapi, TBESB kini mempunyai beberapa pengedar dan pemasar dengan tujuan memenuhi permintaan pengguna.
Kejayaan yang paling tinggi dan dramatik adalah dengan perkembangan didalam produk aromaterapi. Pada mulanya, TBESB menampung pelanggan dengan membeli minyak pati secara pukal, mengadun minyak pati tersebut dan mengeluarkan produk mereka dalam botol dengan kuantiti 10ml dan 100ml. Garis panduan ini bertambah secara berterusan sebagai konsep dan amalan aromaterapi yang semakin popular di Malaysia. Dalam usaha untuk memenuhi permintaan pelanggan yang banyak, TBESB telah mengembangkan perniagaan sebagai pengeluar minyak pati dan beberapa jenis produk minyak pati dengan menambah lebih banyak tumbuhan herba yang unik yang mampu menghasilkan minyak pati.
Untuk merealisasikan visi syarikat, pada tahun Jun 2006,dengan bantuan Majlis Amanah Rakyat (MARA), TBESB telah menyewa sebuah kilang sebesar 5300 kaki persegi untuk membinan dan menghasilkan pati minyak komersial dan mengekstrak tumbuhan-tumbuhan herba. Hasilnya, TBESB kini mula menjalankan aktiviti pengekstrakan berskala komersial secara penuh pada Januari 2007.
